SKS. Powered by Blogger.

Majlis Sejambak Kasih

>> Saturday, 19 November 2011

Majlis Persaraan En. Kamal bin Abdullah telah diadakan pada hari Selasa 15 Nov 2011 bertempat di Dewan Kantin Sekolah Kebangsaan Selandar. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asha'ari bin Johari, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Melaka.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Jasin, Guru-Guru Besar sekolah-sekolah sekitar Jasin dan penduduk setempat 

Latar Belakang Diri dan keluarga:

Dilahirkan di kampung Gubah, Nyalas pada 4 Dis 1955. Merupakan anak bongsu dari 9 adik beradik. Ayahnya merupakan pesara polis manakala ibunya adalah suri rumah tangga.

En. Kamal telah melangsungkan perkahwinan dengan Pn. Juriah bt. Haji Lasin yang juga merupakan seorang pendidik. Mereka telah dikurniakan 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan

Latar belakang pendidikan:

  • Pendidikan awal di SK Masjid Baru dari tahun 1962 hingga 1967
  • Melanjutkan pelajaran ke SM Tun Perak pada tahun 1968 - 1970
  • Menyambung pelajaran ke SM Iskandar Shah hingga ke peringkat SPM
  • Mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dari tahun 1975 - 1976

Latar Belakang Kerjaya:
  • Tahun 1976 - 1980, berkhidmat di beberapa buah sekolah rendah dan menengah sekitar Bandar Kuching, Sarawak
  • Tahun 1981 - 1987 ditugaskan di SK Felda Bukit Senggeh
  • 1988 - 2001 ditugaskan di SK Masjid Baru. Pada tahun 1995, beliau telah dipilih sebagai Guru Cemerlang Matematik
  • tahun 2002, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SK Nyalas sehingga tahun 2008
  • Pada 16 Ogos 2008 bertugas sebagai Guru Besar SK Selandar dan menamatkan perkhidmatan awam secara persaraan pilihan pada 4 Disember 2011

Pengalaman dan Anugerah:
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
  • Pemeriksa Kertas matematik UPSR 1995 - 2000
  • Panel penggubal Soalan Percubaan UPSR Matematik JPM (Jabatan Pelajaran Melaka
  • Fasilitator Program Kecemerlangan Matematik Sekolah Rendah JPM
  • Fasilitator Komputer MS-Office JPM
Para Guru dan Kakitangan Sekolah mengucapkan selamat bersara buat En. Kamal. Terima-kasih atas segalanya.




















Read more...

Perkhemahan Badan Beruniform 2011

>> Saturday, 1 October 2011


Syukur alhamdulillah, Program Perkhemahan Badan Beruniform 2011 SK Selandar telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Saujana Asahan, Asahan, Melaka pada 30 September - 1 Oktober yang baru berlalu

Seramai 84 peserta yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah mengikuti program ini yang juga merupakan antara acara kemuncak sekolah selepas berakhirnya Sukan Sekolah pada 27 September yang lalu

Kepada semua guru, terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan dan kepada semua murid yang telah mengikuti perkhemahan ini, tahniah kerana telah berjaya menjalani segala aktiviti yang dijalankan..Mudah-mudahan aktiviti perkhemahan tahun hadapan akan lebih hebat lagi....

antara tenaga penting di dapur sepanjang perkhemahan

sebahagian murid yang mengikuti perkhemahan tahun ini

antara fasi penting perkhemahan, cikgu Fauzi dan Tn. Haji Md Noor

Pen. Kanan 1, cikgu Natin tturut sama membantu di dapur


Orang Kuat Perkhemahan tahun ini - Cikgu Khairul Nizam (Kem Komandan) dan Cikgu Saffuan (asst. Kem Komandan)

taklimat keselamatan dan peratatan

jurulatih di Saujana Asahan menunjukkan peralatan yang digunakan untuk aktiviti "high rope"

Pn. Jalillah (Pen. Kanan KoKu) turut sama menyelia keselamatan dan kebersediaan peserta




Read more...

Jamuan Hari Raya 2011

>> Thursday, 8 September 2011

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah SK Selandar di bawah program Panatia Agama Islam telah menganjur sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah yang telah dijalankan pada 8 september (Khamis)

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini telah diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh warga sekolah SK Selandar.

Terima-kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam majlis ini.

Ketua hidangan - cikgu Shukor sedang sibuk melayan murid-muird


...Ust. Khairul dan Tuan Haji Md Noor sempat bermuzakarah....



pose istimewa dari murid-murid tahun 4 Budiman

pose dari Nurul Shahada

Fitri dan Hilman

Murid-murid Moral turut sama meraikan sambutan Hari Raya sekolah

Semangat 1Malaysia

Juadah dan Kuih-muih yang disumbangkan para guru dan murid-murid

muird-muird menikmati jamuan di tapak perhimpunan sekolah

Read more...

SAPS dilanjutkan 2 September

>> Saturday, 20 August 2011

Cabaran terbesar guru-guru di seluruh negara ketika ini adalah berdepan dengan SAPS - Sistem Analisa Pepriksaan.


Apa yang menyebabkan cabaran itu ialah tahap kepantasan sistem untuk bertindakbalas dengan jumlah pengguna yang ramai. Antara kelemahan yang paling ketara dalam SAPS ini ialah


  • kita terpaksa log-out untuk setiap kali untuk memasuki jenis peperiksaan samada Ujian Satu, Pertengahan dan Ujian 2
  • Mewujudkan link untuk setiap seorang pelajar dalam sistem key-in markah menyebabkan penggunaan masa yang lama, kenapa tidak diwujudkan terus hanya satu button sahaja
  • Status pelajar tidak mengambilkira perpindahan dalaman sekolah seperti dari kelas biasa ke kelas khas
  • Hanya mengambilkira 5 subjek teras sahaja
Apapun SAPS ini merupakan satu langkah yang cukup positif bagi kutipan dan penilaian prestasi pelajar yang standard.



Read more...

Alhamdulillah..

Syukran.
Setelah tertangguh hampir dua bulan, akhirnya blog untuk Sekolah Kebangsaan Selandar terbina juga.


Harapannya agar dengan adanya blog ini, akan memudahkan lagi penyebaran maklumat tentang sekolah dan juga sebagai suatu bentuk hubungan dengan para warga sekolah terutamanya para ibu-bapa, pihak PPD dan seterusnya JPN Melaka.


Semoga para pendidik di SKS akan terus mara membara menjana kecemerlangan untuk anak-anak didik.

Read more...

Labels

Recommended

Header Ad Banner

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP