Dari Guru Besar
Kamal Bin Hj.Abdullah
Guru Besar, SK.Selandar.
Assalamualaikum,
Selamat menempuh gerbang tahun baru 2011 diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Selandar.Ini termasuklah kepada gulungan Pendidik, Staf Sokongan dan anak didik yang dikasihi. Semoga dengan kemunculan tahun baru ini, azam kita semua untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan sekolah kita akan seiring jalan dengan usaha-usaha dan program yang telah dirancang
Untuk mencapai kualiti pendidikan yang diwar-warkan “ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, banyak lagi usaha-usaha yang kita semua mesti lakukan. Senario pendidikan masakini berkembang dengan begitu pesat sekali. Kita gulungan pendidik yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan mesti turut berubah juga.
Salah satu yang terpenting ialah kemahiran menggunakan ICT,dan Komunikasi yang berkesan. Kemahiran menggunakan ICT sudah menjadi satu keperluan dan kita mesti menguasainya, supaya hasrat kerajaan untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia menjadi realiti
Sebagai Guru Besar/Pengurus sekolah ini, besarlah harapan saya agar kerjasama dan komitmen semua warga SK.Selandar dapat dipertingkat dan dimantapkan lagi. Kita mesti bekerja dalam satu pasukan. Gandingan yang mantap dan “Muafakat Membawa Berkat” adalah kunci kejayaan dalam melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang.
Akhir kata, Keikhlasan dan kesungguhan bekerja mestilah menjadi amalan kita semua. Bersyukur kepada Allah, jika kita berjaya, dan janganlah merasa terlampau kecewa jika ditimpa kegagalan,kerana kita sudah pun berusaha Tidak mustahil mencapai sesuatu kejayaan, kalau usaha-usaha pelaksanaan ke arah itu dibuat secara bersistematik dan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa keikhlasan.
.