SKS. Powered by Blogger.

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah dibuka pada T.M 1921 di satu kawasan yang kecil.  Pada mulanya sekolah ini mempunyai 5 orang guru sahaja. Guru besar yang pertama ialah Cikgu Md.Dali b. Jana dan dibantu oleh Cikgu Md.Din b. Hj.Joned. Murid-muridnya seramai 40 orang yang terdiri daripada 32 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

Di peringkat awalnya, hanya pelajaran Bahasa Melayu, Ilmu Alam, Ilmu Hisab, Pelajaran Jawi, Seni Lukis dan Pertukangan Tangan sahaja yang diajar.

Bangunannya merupakan sebuah pondok segi empat disatu tapak rumah yang dikelilingi sawah padi. Pembukaan sekolah ini telah diasaskan oleh Demang Lateh b. Kulub dengan mendapat kerjasama dari penduduk kampung. Ia dibina dengan bertiangkan kayu, berdinding papan dan beratap rumbia serta mempunyai tiga ruang untuk belajar.

Pada T.M 1930, murid-murid telah berpindah ke bangunan sekolah baru yang ada sekarang. Bangunan ini telah dibina oleh pihak kerajaan British dengan nama Sekolah Melayu Selandar. Bangunan ini telah dibina atas dua bidang tanah yang telah dibeli dari En. Jaamat b. Chepat dan Pn. Raemah bt. Kulup.

Pada T.M 1971, sebuah bangunan satu  tingkat diperbuat dari batu-bata dan dilengkapi dengan kemudahan fizikal dan perabot dengan kadar pertambahan murid,kedua-dua bangunan ( kayu dan batu ) telah digunakan.

Pada T.M 1993, bangunan setingkat juga telah dibina atas tapak yang lain.

Mulai sessi persekolahan 1994/1995, bangunan baru ini telah mula digunakan. Pada masa ini terdapat 4 blok bangunan dan pelajar seramai 310 orang.

Read more...

Labels

Recommended

Header Ad Banner

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP